Isnin, 13 Ogos 2018

PUSAT PEMBANGUNAN PENJAJA MILLENIA




Siapakah Penjaja?

Penjaja (Hawker) adalah penjual barangan (termasuk perkhidmatan) yang berlokasi static di tepi jalan dan pasar terbuka atau pun yang bergerak (mobile) dengan berjalan kaki atau berbasikal atau bermotosikal atau yang bermotokar.

Bagaimana mereka beroperasi?

Ada yang menunggu pelanggan mendatangi gerai mereka dan ada pula yang mendatangi pelanggan yakni berjualan dari pintu ke pintu (door to door selling).  Walaupun tanpa premis dan organisasi yang formal, penjaja tetap dianggap usahawan dan transaksi yang dilakukannya tetap dianggap sebagai satu perniagaan.

Sejarah Pencapaian Para Penjaja

Sejarah pencapaian para penjaja yang cemerlang kerap mengundang kecemburuan para usahawan skel pertengahan dan skel besar. Betapa tidak, sejarah mencatatkan tedapat ramai jutawan yang lahir dari kalangan penjaja. Padahal, pada permulaannya tidak siapa yang memandang mereka. Mereka inilah yang dipanggil jutawan senyap. Ironinya, mereka yang memulakan bisnes dengan modal ratusan ribu tetapi banyak yang kecundang di tengah jalan.


Kunci Kejayaan Penjaja

Sebagai sebuah perniagaan, penjajaan juga mempunyai kunci atau formula kejayaan. Walaupun menjaja kelihatan ‘Simple’ dan bersahaja namun untuk menjadi penjaja yang berjaya, seorang itu mesti mempunyai komitmen dan disiplin yang tinggi serta, ilmu dan kemahiran yang relevan. Pada dasarnya, kunci kejayaan seorang penjaja ialah M.E.S.T.I iaitu;


Abj
Istilah
Keterangan
M
Margin
Kadar keuntungan per unit jualan barangan atau perkhidmatan berbanding kos
E
Enterprising
Komitmen keusahawanan yang tinggi meskipun hanya sekadar sebagai penjaja
S
Service (Oriented)
Prinsip asas seorang penjaja ialah khidmat. Memberikan khidmat sehabis baik sebelum, semasa dan selepas urus-niaga.
T
Tools and Tackles
Tools adalah perkakas manakala Tackles adalah teknik memikat pelanggan.
I
Investment Mission
(Pendapatan wajib diurus dgn betul, ditabungkan dan dilaborkan semula dengan bijak) 


Keterangan Tentang M.E.S.T.I.

1.      Margin (Keuntungan)
Bakal penjaja mesti mengetahui kadar keuntungan kasar bagi setiap unit barangan atau perkhidmatannya yang terjual. Beliau wajib belajar asas pengkosan bagi barangannya. Beliau mesti mempastikan bahawa margin bagi barangannya mestilah melepasi garisan selamat (Safe Line). Jika tidak, dia akan jadi calon, “Penjaja kelabu asap, dapat pangkal ujung lesap, dapat ujung pangkal lesap”.
 
2.      Enterprising (Ketekunan)
Seorang penjaja cemerlang harus bermula dari jati-diri keusahawanan yang cemerlang. Dia mesti mempunyai semangat keusahawanan yang tinggi dan kental iaitu sanggup menempuh segala cabaran dan rintangan.

3.      Service Oriented (Semangat berkhidmat)
Bagi mengekalkan rentak gelombang semangat yang stabil dan keghairahan (passion) yang konsisten seorang usahawan itu harus mempunyai prinsip dan tanggapan yang tepat yakni Semangat Untuk Berkhidmat. Hendaklah sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa aku berada di sini adalah dengan MISI UNTUK MEMBERI KHIDMAT yang terbaik.


4.      Tools and Tackles (Perkakasan yang cukup dan Teknik Memikat yang efektif)

Tools : Sebagai penjaja pastikan anda mempunyai perkakasan asas yang terbaik dan terkini. Memandangkan anda telah banyak SKIP kos overhed, maka gunakanlah sebahagian dari kos tersebut untuk mendapat perkakas yang functional dan berkualiti.
Tackles: Menjaja itu ada seninya. Seni lahir dari 3K iaitu Kesungguhan – Keikhlasan – Kreativiti. Melalui seni inilah anda akan menjadi factor PEMIKAT atau PENGHAMBAT perniagaan anda sendiri.

5.      Investment Mission
Pendapatan dari penjajaan harian adalah wajib ditabungkan dan dilaborkan semula dengan bijak. Berapa banyak yang akan anda tabungkan? Bergantung kepada elemen berikut:
          Jumlah jualan harian
          Margin keuntungan barang jualan
          Kos dan perbelanjaan tidak langsung termasuk overhed penjajaan
          Perbelanjaan harian termasuk perbelanjaan personal dan keluarga
          Peruntukan bayaran balik pinjaman dan hutang
Justeru itu, seorang penjaja harus mempunyai sistem pengurusan kewangan yang boleh diharapkan.


Apakah Objektif Pusat Pembangunan Penjaja Millennia (PPPM) ini? Antara objektifnya ialah:
a.      Mengenal pasti penjaja yang aktif tetapi tidak menjadi ahli persatuan dan tidak mendapat bimbingan yang formal.
b.      Menjejaki lokasi perniagaan lalu mendaftarkan mereka dan mencatatkan masalah utama yang mereka hadapi.
c.       Menawarkan khidmat rundingan asas percuma.
d.      Menawarkan kursus elektif bermodul jangka pendek kepada mereka dengan yuran nominal (potongan sehingga 50%)
e.      Memasukkan mereka ke dalam grup dinamik meja bulat setempat.

Pakej Modul Khas Untuk Penjaja Baru
i.          Bimbingan asas pemilihan produk yang betul.
ii.         Kursus asas pengkosan produk
iii.        Kursus kawalan kos produk penjajaan
iv.        Kursus asas pemasaran penjaja
v.         Kursus asas penabungan penjaja

berminat ? Sila contact: Sharina Roeslyn. 01137414431

https://bit.ly/3156P8J

https://bit.ly/3156P8J
https://bit.ly/3156P8J



Diurus-kendalikan Oleh:

AKADEMI MASAKAN KOMERSIAL MALAYSIA

Tingkat Bawah, Wisma Dato’ Rusly, Lot 727 Zon Perdagangan Wakaf Che Yeh 15100 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim








Tiada ulasan: