Rabu, 27 Ogos 2014

E-book RAHSIA KEKAYAAN DARI BOGOR oleh Dato' Rusly


Ulasan Sepintas Lalu



'Tidak kaya kerana tidak berniaga’.

Carilah satu kerjaya yang anda boleh meraih pulangan setiap hari. Bahkan ada yang dua kali sehari. Hanya perniagaan ya perniagaan. Maka sebab itulah Rasulullah SAW memotivasikan kita berniaga.


Rasulullah SAW pernah bersabda, ‘Bila seorang dari kamu dalam kedhaifan, pergilah ke balik bukit, cari kayu-kayu api, lalu ikat dalam berkas-berkas dan pikullah di belakang kamu dan bawalah ke pasar untuk dijual. Itu lebih baik bagi kamu dari meminta-minta. Jika kamu meminta-minta, kadang-kadang kamu dapat kamu ditolak’.


Hadis di atas menegaskan betapa berusaha sendiri (keusahawanan) adalah satu kerjaya yang amat mulia di sisi agama Islam. Sebaliknya mencari makan tanpa berusaha dan mengeluarkan keringat yakni hanya mengharapkan ihsan orang lain adalah keji di sisi agama.
Justru pilihlah jalan yang terdapat banyak pintu kekayaan yakni perniagaan. Anda berani berhenti kerja? Tapi sebelum itu, anda harus buat persediaan mental dan fizikal. Cara terbaik ialah dengan membaca kisah perjalanan orang lain. Maka sebab itulah anda disarankan membaca ‘Rahsia Kekayaan Dari Bogor’.





'Sudah berniaga, tapi tak kaya kaya.'

Memang ramai di luar sana, orang-orang yang sudah berniaga bukan setahun dua bahkan berbelas dan berpuluh tahun lamanya tetapi tidak jugakaya kaya. Kenapa. Sebabnya ialah bisnes yang mereka jalankan bukanlah sebuah perniagaan dalam erti kata yang sebenar-benarnya.
Bacalah kisah Sunarno, 20 tahun menjadi penjaja Bakso tetapi tak kaya kaya. Akhirnya dia menjadi Santri Amalan Kesogehan dan segalanya berubah…. Dia menjadi jutawan dalam empat tahun dengan NanoKiosk.

Maka, ilmu kekayaan adalah satu yang wajib dipelajari jika seseorang itu mahu kaya kerana pesan Rasulullah SAW, sesiapa yang hendak cemerlang hal dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa hendak cemerlang hal akhirat hendaklah dengan ilmu dan sesiapa yang hendak cemerlang kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu.


Ilmu kekayaan ini yang diwarisi dari masyarakat silam yang hebat yakni golongan kaya tetapi tawadhu’ dan bertaqwa ini tidak terdapat di sebarangan sekolah.Tidak dari sebarangan pesantren. Juga tidak dari sebarangan guru. Ilmu
Kekayaan ini yang dinamakan Amalan Kesogehan akan diajarkan hanya kepada yang berminat untuk menjadi OKB (Orang Kaya Bertaqwa).



Sudah lebih 20 tahun, Sunarno mendorong gerobak* bakso di pemukiman Pusponjolo Selatan, Semarang. Setiap hari, dengan tekun dan sabar dia menyelusuri setiap lorong dan gang di pemukiman itu berdagang bakso. Jika tidak, dia tidak nampak jalan lain, bagaimana pasti, perutnya dan lima perut lain di rumah akan sentiasa diisi pada waktunya. Pun, setelah lebih dua dekad berdagangan, kehidupan Sunarno dan keluarganya amat sederhana sekali. Mereka masih mendiami rumah kumoh yang usang. Tidak punya uang simpanan dan tidak punya masa depan. 

                    Bagaimana nanti, kapan Sunarno sudah tua dan sakit-sakitan? Nah, gerobak itu kian hari dirasakan kian berat. Kudratnya dirasakan semakin lemah, kekentalan hatinya sudah semakin longgar. Pada suatu hari Sunarno dan gerobaknya dipanggil ke sebuah rumah agam yang garasinya dipenuhi mobil mewah berjejeran. Rumah itu sedang ada pengajian dan para tamunya dijamu dengan bakso yang dipesen langsung dari Sunarno.


Alangkah kagetnya dia apabila mendapati pemilik rumah agam itu adalah temannya sendiri sewaktu sekolah dasar (SD) iaitu Haji Arsyad. Ironinya, Hj Arsyad sewaktu sekolah dulu bukanlah anak pinter. Bahkan dia sering kalah dengan Sunarno dalam ujian. Namun pertemuan tidak diduga itu telah memberikan satuPENGGUGAHAN (awakening) yang amat bermakna kepada Sunarno. Penggugahan itu disusuli dengan Penyuluhan, Pengguyuban, Penekunan dan akhirnya Penyebaran. Empat tahun setelah bertemu dengan Hj Arsyad, Sunarno sudah memiliki empat (4) buah gerai bakso dan es teler ‘NANO KIOSK’ dan dia sudah mampu memanduMercedes C Class baru. Bersama isterinya Sutinem, dia menyelusuri dengan mobil barunya di lorong-lorong yang pernah dijarahnya selama 20 tahun dengan gerobak tua yang masih dipamerkan di salah sebuah kiosknya. Dia sedang membina sebuah rumah agam dan tahun hadapan insyaallah dia dan isterinya akan ke Mekah! Amin.Mahukah anda berubah dan mengecap satu kejayaan yang hebat sekali dalam hidup anda? Jika YA, bacalah bukuRahsiaKekayaan Dari Bogor yang terdapat dalam bentuk E-Book. 

Contact 0133319624.  Emailkan tempahan ebook anda ke: ebookdra@gmail.com









Tiada ulasan: