Selasa, 20 Oktober 2015

SEMINAR JUTAWAN SENYAP TERBUKA DI SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH DAN SARAWAK


Sebelum ini, saya mempunyai persepsi yang agak sinistik terhadap orang yang banyak duit. saya segera membuat satu kesimpulan- kalau tak menang loteri dia dapat duit pampasan insuran atau jual tanah milik mereka. Namun begitu, persepsi itu ternyata tersasar jauh, saya mendapati tidak sampai 0.001% wang simpanan datang darimenang loteri@ menang judi. Hampir tidak ada bukti kekayaan yang diraih dari menang judi.
99.999% simpanan datang dari penyimpanan beransur dan konsisten setiap hari. Pepatah sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit amat relevan untuk menggambarkan bagaimana orang-orang luar biasa itu mempunyai simpanan luar biasa. Apa yang menariknya ialah, 80% mereka yang banyak duit ini merupakan peniaga KECIL yang menjalankan perniagaan biasa-biasa sahaja di lokasi yang biasa-biasa juga. Mereka mempnyai watak yang juga biasa dan merendah diri. Mesra, humoris dan mudah didekati. Golongan ini saya panggil"JUTAWAN SENYAP".

Tiada ulasan: