Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari kemiskinan dan kekufuran...
Kenapa lita mesti berdoa memohon perlindungan daripada kemiskinan??
Ya, kemiskinan merupakan bahaya yang membuka pintu kepada bahaya yang lain.
Oleh yang demikian, kita diwajibkan untuk berusaha dalam mencapai sesuatu kejayaan dan seterusnya diselangi oleh Doa agar semua perancangan dalam kehidupan berjalan dengan lancar.
Seperti yang telah dilakukan oleh Dato'Rusly Abdullah yang telah berusaha dan melaksanakan perjuangan sejak 20 tahun walaupun beliau tidak pernah mengutip derma atau pinjaman dari mana-mana institusi kewangan. Hasil dari kesungguhan dan usaha yang dilakukan telah membantu diri beliau untuk Berjaya. Alhamdulillah beliau telah berjaya mendirikan sebuah sekolah latihan yang dikenali sebagai Institusi Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU) yang berlandaskan konsep 3B iaitu Berniaga, Beribadah, Berdakwah.
Beliau tidak mengendahkan semua kata-kata sinis yang dilontarkan oleh bangsanya sendiri seperti apakah yang boleh diperjuangkan melalui masakan? kenapa buat bisnes tepi jalan dan pasar malam? kalau nak bisnes , carilah idea yang unik, kreatif dan menarik.....
Oleh itu, dengan tidak mengendahkan semua itu, kini beliau telah menjadi USAHAWAN YANG BERJAYA!!!..
Oleh yang demikian, Ayuh la kita semua sedar dan bangun la dalam Memajukan diri sendiri demi Kesinambungan Hidup yang lebih Selesa dengan mengikuti pelbagai kursus Keusahawanan yang dianjurkan oleh- Dato'Rusly Abdullah sendiri dan boleh terus bertanya tentang resepi kejayaannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan